Jurang Digital dan Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar
Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor dan Zawiyah M. Yusof
Meskipun beberapa inisiatif diambil bagi merapat jurang digital di Malaysia, banyak lagi usaha perlu dilakukan terutamanya bagi meningkat status ekonomi dan pendidikan di kawasan luar bandar. Jurang digital merujuk kepada ketaksamaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara kawasan bandar dan luar bandar. Kertas ini bertujuan menyelidiki sama ada kemahiran TMK menyumbang dalam merapat jurang digital dengan melihat kajian kes di kawasan luar bandar iaitu Kundang Ulu, Muar Johor. Kajian mengguna soal selidik bagi mengumpul data tentang latar belakang responden, penggunaan TMK dan kemahiran mengguna TMK melibatkan seramai 585 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggung Ahmad (SMKTTA). Hasil kajian menunjukkan peratusan pemilikan komputer dan penggunaan TMK adalah rendah sementara kemahiran asas TMK pula berada pada tahap yang sederhana. Penemuan ini menunjukkan jurang digital merupakan isu yang berterusan di kawasan luar bandar. Kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pihak berkuasa yang lain dalam merangka dasar dan mengenal pasti strategi merapat jurang digital di Malaysia.
http://journalarticle.ukm.my/6261/1/1718-3247-1-SM.pdf
Pendapat:
- Penguatkuasaan KPM dalam perlaksanaan penggunaan komputer dan internet di kawasan luar bandar dan memastikan pihak PPD mengadakan kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang di kawsan tersebut bagi mencapai objektif sifar jurang digital.
- Memastikan perlaksaan pendidikan Abad 21 dilaksanakan dengan jayanya bukan tertumpu di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.
- Menyediakan kemudahan dan insfratruktur yang cukup dan lengkap di sekolah-sekolah luar bandar bagi mencapai objektif dalam pembelajaran Abad 21.
No comments:
Post a Comment