Menurut
laporan Utusan Online, Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk
melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan displin di
sekolah mulai tahun 2017. Walau bagaimanapun hukuman rotan tersebut hanya boleh
dilakukan secara tertutup dan tidak dibenarkan dilakukan di khalayak ramai
seperti semasa perhimpunan.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon, draf penambahbaikkan peraturan displin tersebut
akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi selepas kajian terhadap
Peraturan-Peraturan Displin Pelajar 1959/ Ordinan Pendidikan 1957 dibuat.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof - Pengetua/Guru besar hanya dibenarkan merotan
murid-murid tertakluk kepada syarat tertentu untuk kesalahan serius
berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID.
Wajarkah guru
merotan pelajar?
SEREMBAN: Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan (JPNS) masih menyiasat dari segenap aspek kes guru wanita sebuah
sekolah menengah di Kuala Klawang, Jelebu yang didakwa merotan pelajarnya
sehingga menyebabkan mangsa kini menerima rawatan di hospital kerana tidak
dapat bergerak.
Isu kewajaran guru merotan murid telah banyak dibincangkan dalam akhbar dan media sosial. Walaupun ada pendapat yang menentang namun ada juga yang menyokong kerana merasakan guru mempunyai peranan besar membantu menangani salah laku pelajar. Dengan timbulnya kes-kes seperti di atas, ada yang beranggapan bahawa hukuman rotan perlu dikaji semula terhadap mekanisme pelaksanaannya.
Timbul persoalan tentang kewajaran hukuman merotan yang pernah diberikan kuasanya kepada guru tetapi telah dilarang mulai tahun 1983 ketika Tan Sri Murad Mohamed Noor menjadi Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau dengan tegasnya mempertahankan tindakannya untuk menarik kembali kuasa guru dari merotan pelajar dengan alasan biarlah pelajar ini dididik dengan penuh hemah tetapi kesannya apa yang dapat kita lihat sehingga hari ini ialah pelajar semakin berani mempertikaikan tentang peraturan dan disiplin sekolah.
Pelbagai isu negatif yang melibatkan perlakuan negatif pelajar terhadap guru antaranya pelajar mencekik seorang guru perempuan di Pulau Pinang, isu pelajar tumbuk guru di Sabah, isu kereta guru dirosakkan pelajar di Terengganu dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, guru dalam dilema samada ingin menggunakan hukuman rotan atau tidak di sekolah.
Berkesankah hukuman rotan?
Laporan
oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)
bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat bahawa amalan itu hanya
akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran kanak-kanak. Laporan
tersebut menyebut bahawa hukuman yang berbentuk fizikal sebenarnya tidak
memberi kesan positif kepada pelajar, malah akan menjadi lebih teruk lagi
apabila mereka secara tidak langsung mula beranggapan bahawa keganasan boleh
diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah.
Hanya
sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalani hukuman
fizikal di sekolah. Sebaliknya, apa yang lebih merisaukan adalah pelajar
berkenaan hilang matlamat dalam akademik dan kurang bermotivasi untuk berjaya.
Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan
pemantauan intensif daripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam
dan kanak-kanak. Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut
diedarkan kepada 133 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Laporan
tersebut turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang diberi hukuman fizikal di
sekolah mempunyai nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan
serta bersikap agresif. Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan
kerja rumah turut berhadapan dengan hukuman tersebut.
UNICEF percaya bahawa hukuman fizikal
ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaan dan tidak berkesan dalam
mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisplin. Untuk mengukuhkan lagi
kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turut mengharamkan cara
hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa jua keadaan sekalipun.
Hukuman rotan di sekolah masih relevan?
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Komander (Kehormat) Hashim Adnan berpendapat bahawa hukuman rotan di sekolah masih relevan bagi tujuan mendidik dan mendisplinkan pelajar walaupun banyak negara khususnya di barat sudah memansuhkan hukuman rotan di sekolah, namun dalam konteks negara-negara di timur termasuk Malaysia, hukuman rotan di sekolah masih diperlukan.
Kita berharap, kalau dapat, kita teruskan juga
hukuman rotan ini tetapi secara berhemahlah, bukan sesuka hati...merotan itu
bukan sewenang-wenangnya. Ia perlu dijalankan secara profesional dan setelah
berkali-kali amaran dikeluarkan. Kalau bimbingan dan pendekatan psikologi masih
tak jalan barulah rotan - Presiden NUTP
Bekas Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman berpendapat
adalah wajar memukul sebagai satu hukuman terhadap salah laku kanak-kanak dan
ini dibenarkan sendiri dalam Islam kerana ia adalah kaedah pengajaran yang
berkesan. Beliau juga berpendapat ibu bapa sepatutnya memberi sedikit
kelonggaran kepada guru untuk memukul anak mereka yang melakukan kesalahan bagi
membentuk displin dan keperibadian mereka.
Hal ini kerana apabila seseorang
pelajar menerima hukuman seperti rotan, pelajar tersebut akan merasa sakit dan
serik untuk melanggar peraturan sekolah lagi. Manakala pelajar-pelajar lain
yang melihat hukuman ini dijalankan juga akan merasa ngeri untuk melakukan
kesalahan tersebut. Oleh itu masalah pelanggaran displin dapat diatasi.
Hukuman merotan dari sudut pandangan
Islam?
#Akan dikupas dalam entri yang lain,
Insya Allah.
Sumber:
No comments:
Post a Comment