Wednesday, March 8, 2017

BENARKAH DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL TIDAK DIIKTIRAF?

BENARKAH DIPLOMAKOLEJ VOKASIONAL TIDAK DIIKTIRAF?

Kebelakangan ini beredar teks pesanan melalui wasap berkenaan isu tersebut.
Sangat mengecewakan kerana kenyataan yang telah disebarkan tidak secara menyeluruh menggambarkan isu sebenar.
Tambah lebih mengecewakan apabila ‘Guru Besar’ Kolej Vokasional yang batak pangkat menggunakan gelaran pengarah turut memberikan jawapan yang keseluruhanya mengecewakan apabila diajukan persoalan berkaitan oleh ibu bapa kepada pelajar.
Pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional biasanya akan memberikan jawapan yang sangat kurang ajar iaitu ‘kalau nak harapkan anak jadi doktor… ini bukanlah tempatnya… memadailah anak-anak boleh cari makan dengan menjadi mekanik ataupun juru kimpal…’ ‘sedarlah sedikit kemampuan anak… kalau anak pandai… jangan hantar ke sini…’ itulah maksud tersirat di sebalik jawapan yang diberikan.
Sebenarnya Kolej Vokasional bukanlah pusat latihan kemahiran berkualiti rendah asal boleh yang ditubuhkan oleh DS Najib dengan niat untuk menempatkan anak bangsa yang bodoh dan keciciran daripada bidang akademik.
Kolej Vokasional sebenarnya adalah alternatif pendidikan bagi menyaingi bidang pendidikan lain yang dipecahkan kepada dua iaitu hanya vokasional ataupun hanya akademik.
Kolej Vokasional adalah institusi pendiikan ‘hibrid’ yang menyediakan peluang bagi melahirkan pelajar yang pandai dari segi akademik dan berkemahiran dari segi vokasional.
Pelajar di Kolej Vokasional diberi latihan vokasional tetapi pada masa yang sama turut dikehendaki untuk menduduki peperiksaan SVM.
Malangnya pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional biasanya akan memberi motivasi negatif supaya pelajar hanya lebih menekankan kepada sijil vokasional.
Mereka selalunya hanya ‘menyuruh’ para pelajar untuk lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Kononya itu adalah syarat minimum untuk mereka bekerja dengan kerajaan.
Bayangkanlah seandainya Kolej Vokasional mampu untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan sangat berkemahiran dari sudut vokasional.
Bukankah itu adalah satu produk pendidikan yang mengatasi segala produk lain pada peringkatnya ?
Saya berharap agar kerajaan memberi perhatian terhadap isu ini.
Jalankan siasatan dan intipan.
Jika benarlah perkara ini, pastikan pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional diwajibkan menjalani sesi terapi dan kaunseling untuk membetulkan jajaran psikologi mereka.

No comments:

Post a Comment