Wednesday, March 8, 2017

Dimanakah Rangking Malaysia?

Ranking Malaysia
Pada tahun ini juga sekali lagi sistem pendidikan Malaysia menerima tamparan selepas ranking dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) menunjukkan Malaysia hanya mampu berada di tangga ke 52 daripada 72 buah negara yang dinilai menerusi Ujian TIMSS dan PISA. 

Transformasi pendidikan Malaysia yang akan melonjakkan sistem pendidikan kita di mata dunia

Negara-negara dengan asas pendidikan Confucian pula masih unggul berada di tangga teratas, seperti Singapura, Jepun, Korea dan China. Manakala negara Vietnam pun sudah mula melonjak ke tangga 16 untuk Matematik dan tangga ke-7 untuk Sains. Jauh mengatasi pendidikan Malaysia. 

Ranking yang dikeluarkan tersebut ternyata meresahkan ramai pihak. Namun, diharapkan dengan beberapa transformasi pendidikan yang telah dijalankan, mampu mengubah, sekali gus melonjakkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan negara luar.

APAKAH TINDAKAN KEMENTERIAN?

MENERAJUI PERUBAHAN : ANJAKAN 1 – MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
Peristiwa yang signifikan di bawah transformasi pendidikan negara telah berlaku pada penghujung November dan awal Disember 2016 apabila keputusan pentaksiran antarabangsa Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) diumumkan.  Kedua-dua pentaksiran antarabangsa ini merupakan kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem.  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menyatakan dengan jelas aspirasi sistem pendidikan negara untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang.
Apakah pengukuran TIMSS dan PISA ini?  Kedua-dua kaedah ini mentaksir pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan dalam kalangan murid di negara-negara di dunia, dan telah dibangunkan dengan sistematik dan bersepadu oleh dua organisasi utama dunia dalam bidang pendidikan iaitu The International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) untuk TIMSS dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) untuk PISA.
IEA merupakan badan bebas yang merupakan hasil gabungan kerjasama pelbagai institusi kajian antarabangsa  dan agensi kerajaan.   Badan yang berpengkalan di Amsterdam ini mengendalikan kajian perbandingan berskala besar  mengenai pencapaian dan pelbagai aspek pendidikan, dengan matlamat untuk memahami impak polisi dan pelaksanaan merentas pelbagai sistem pendidikan.  Sejak ditubuhkan pada 1958, IEA telah menjalankan lebih 40 kajian mengenai pencapaian pendidikan merentas negara dengan memberi fokus antaranya kepada matematik, sains, bacaan, pendidikan sivik dan kenegaraan, literasi ICT serta pendidikan guru.
TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di seluruh dunia.  Pentaksiran dibuat bagi mengukur prestasi murid pada Gred 4 (bersamaan dengan Tahun 4) dan Gred 8 (bersamaan dengan Tingkatan 2) yang merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra dan Geometri, dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran berbentuk pengetahuan, aplikasi, dan penaakulan. Ujian pertama kali ditadbir pada 1995 dan  dikendalikan setiap empat tahun. Malaysia menyertai TIMSS sejak 1999 dan melibatkan murid Tingkatan 2 sahaja.
OECD pula merupakan organisasi ekonomi antara kerajaan dengan 35 negara anggota yang ditubuhkan pada 1960 dengan ibu pejabat di Paris.  Tujuan asal penubuhannya adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan dagangan  dunia dalam kalangan negara anggota.  OECD juga memberi platform kepada anggotanya untuk membincang dan membandingkan pelaksanaan polisi serta mencari penyelesaian dan berkongsi amalan terbaik.
Menyedari hakikat bahawa pendidikan merupakan asas kepada pembentukan generasi akan datang, OECD menyelaraskan PISA yang juga merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dikendalikan setiap tiga tahun, PISA bertujuan menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam domain Bacaan, Matematik dan Saintifik. Tumpuan pentaksiran bukan kepada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Kali pertama Malaysia menyertai PISA ialah pada 2010 sebagai kitaran pentaksiran untuk 2009.
Keputusan TIMSS dan PISA 2015
TIMSS dan PISA 2015 telahpun diumumkan pada 29 November dan 6 Disember 2016 baru-baru ini, dan saya amat bersyukur dan berbangga kerana bagi kedua-dua pentaksiran ini, skor meningkat secara signifikan.  Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada murid kita diseluruh negara yang telah terpilih secara rawak bagi mengambil bahagian dalam pentaksiran ini dan guru-guru yang telah membimbing mereka. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan secara langsung iaitu warga kerja Kementerian, Jabatan dan PPD serta pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta yang semakin rancak membantu transformasi pendidikan.
Bagi pentaksiran TIMSS 2015 yang memberi fokus kepada Sains dan Matematik, Malaysia mencatatkan skor Sains 471 mata dan Matematik 465 mata, berbanding dengan 426 bagi Sains dan 440 bagi Matematik pada 2011.  Lebih membanggakan, daripada 16 negara peserta yang telah mencatatkan peningkatan skor dalam Sains pada TIMSS 2015, Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 44 mata berbanding TIMSS 2011.  Bagi subjek Matematik pula, Malaysia merupakan antara 18 negara yang menunjukkan peningkatan pencapaian iaitu 25 mata berbanding TIMSS 2011.  Sekali lagi untuk murid Tingkatan 2 yang mengambil TIMSS pada tahun 2015, andalah wira negara yang telah meletakkan negara sekarang dalam kelompok dua pertiga teratas negara-negara dengan sistem pendidikan bertaraf dunia.
Peningkatan dalam pentaksiran PISA juga  amat membanggakan negara.  Skor bagi domain  Saintifik meningkat daripada 420 mata pada 2012 kepada 443 mata pada tahun ini.  Skor domain Bacaan melonjak daripada 398 mata (2012) kepada 431 mata, manakala domain Matematik menyaksikan peningkatan daripada 421 mata (2012) kepada 446 tahun ini.  Dalam ketiga-tiga domain, jurang pencapaian negara semakin mengecil dengan purata skor OECD. Syabas kepada murid Tingkatan 4 yang telah mengharumkan nama negara dalam pentaksiran ini.

No comments:

Post a Comment