ISU GURU YANG MENGAJAR SUBJEK YANG BUKAN OPSYEN
ATAU LUAR BIDANG
Pendidikan di negara ini adalah satu usaha
berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang. Untuk mencapai matlamat ini,
kerajaan merangka beberapa strategi. Ini termasuklah melahirkan graduan
pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bertujuan menyediakan guru
yang berilmu dan berkualiti untuk melaksanakan kurikulum yang sudah digubal.
Pengukuhan Falsafah Pendidikan Negara sebagai wadah yang mendasari proses
pendidikan memerlukan reformasi yang berterusan. Melabur dalam aktiviti
pendidikan bermakna kita melabur untuk pembangunan negara. Ini disebabkan
pendidikan berfungsi melatih dan membentuk tenaga manusia yang mahir dan
terlatih untuk menggerakkan pelbagai profesion dan sektor pekerjaan yang
diperlukan negara. Perkembangan dalam bidang pendidikan telah menambah tekanan
terhadap kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan bilangan
guru yang mencukupi untuk sekolah-sekolah. Dijangkakan bilangan guru di sekolah
menengah ialah seramai lebih kurang 90,000 orang. Berdasarkan unjuran
pengeluaran guru sekolah menengah seperti yang sedang dirancangkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah menengah akan mengalami
kekurangan guru dalam lingkungan 9900 orang pada tahun 1995 dan menjelang akhir
tahun 2000, negara mengalami masalah kekurangan guru yang nyata (Omar, 2003).
Berdasarkan pernyataan tersebut, terdapat kemungkinan besar jumlah ini akan
meningkat berikutan perkembangan pesat dunia pendidikan seperti pembukaan
sekolah-sekolah bestari, sekolah pedalaman untuk orang asli dan sebagainya.
Perkembangan positif ini menuntut kepada tenaga kerja keguruan yang ramai dan
berkesan.
Pengambilan guru interim oleh Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak sepenuhnya
mengikut opsyen pengkhususan graduan pendidikan, sebaliknya mengikut kekosongan
guru yang ada. Menurut sumber, setakat ini beberapa negeri seperti Johor,
Sabah, Selangor, Kedah dan beberapa negeri lain telah memulakan proses
pengambilan guru interim (guru sementara). Namun, tidak semua mereka akan
mengajar mengikut pengkhususan yang diambil semasa pengajian. Menurut beberapa
graduan, wujud keadaan dimana graduan pendidikan ekonomi dan bukan bersekolah
aliran agama diberi tugasan untuk mengajar Pendidikan Islam sewaktu melaporkan
diri. Selain itu, sebahagian yang lain terpaksa mengajar subjek Bahasa
Inggeris, MUET walau pun hanya mendapat Band 2 dalam MUET semasa pengajian di
universiti. Manakala, sebahagian yang lain terpaksa mengajar subjek Sivik ,
Kemahiran Hidup dan beberapa subjek lain yang bukan pengkhususan mereka. Mereka
menyifatkan, keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku, seorang guru yang tak
mahir dalam bidang yang tak pernah dipelajari di universiti terpaksa
mengajar subjek tersebut. Bagaimanakah mereka hendak mengajar? Ini juga
menyebabkan penganaian kepada guru tersebut. Hal ini akan merugikan murid-murid
disamping kualiti pendidikan yang diterima tidak berjaya memenuhi kehendak yang
sepatutnya. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sewajarnya memikirkan
insiatif segera dengan mempercepatkan penempatan graduan pendidikan mengikut
opsyen masing-masing agar masa depan pendidikan pelajar disekolah tidak
diperjudikan dengan mengambil guru yang bukan mengikut opsyen mereka.
Sehingga hari ini, isu ini masih tidak dapat
diselesaikan dan menjadi satu masalah yang semakin menular di setiap sekolah di
seluruh negara. Guru luar bidang bermaksud guru yang tidak mempunyai kelayakan
sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki
mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka
mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada
rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan guru di negara ini; di sebaliknya
beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan guru tidak seimbang,
2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada
pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang(mismatch): kawasan bandar
mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru
yang mencukupi. Pelbagai kajian yang menunjukkan isu guru luar bidang ini
mempengaruhi profesion perguruan. Guru luar bidang ini sama juga dengan guru
bukan opsyen. Kenapa isu guru luar bidang ini timbul dan tiada jalan
penyelesaian hingga kini. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-mana
sekolah satu daerah, di mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah
kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan
opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan
pakar mereka. Hal ini akan memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak
dapat mengajar dengan sebaiknya serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan
sepenuhnya dan berkesan. Guru-guru ini terpaksa akur dengan arahan dan perintah
pihak sekolah dan pentadbir untuk menggantikan tempat guru yang kekosongan
tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan. Satu situasi pasti akan berlaku,
"pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit‟. Situasi lain juga turut dialami apabila seorang pelajar bertanya
mengenai satu soalan, kemudian guru tidak tahu akan jawapannya. Oleh itu, guru
akan menjawab “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang” atau pun “Soalan ini
sudah berada di luar pengetahuan awak,
tidak perlu tahu pun”. Terdapat juga situasi di mana guru bukan opsyen mengajar
Bahasa Inggeris dan Matematik, guru tersebut tidak mengkaji tahap pencapaian
para pelajar yang mana berkemungkinan terdapat pelajar yang bijak dalam subjek
tersebut. Akhirnya guru yang akan belajar daripada pelajar tersebut. Keadaan
ini bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru
untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Apakah IPT
di negara ini gagal memenuhi keperluan guru di negara ini?. Pihak kerajaan
perlu memainkan peranan penting dalam menggubal pelaksanaan kurikulum yang
berkaitan kreadibiliti serta kualiti guru yang dapat meningkatkan taraf
pendidikan di Malaysia. Sehingga hari ini guru-guru yang baru menamatkan
pengajian tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan khidmat guru GSTT
masih diperlukan. Mungkin masalah ini berpunca daripada pengurusan data di sekolah
dan mungkin kurangnya pemantauan terhadap isu ini dari pihak yang
dipertanggungjawabkan. Sekiranya hal ini tidak dipantau dan diselesaikan, ramai
guru yang akur untuk mengajar subjek bukan opsyen, kerana mereka terikat dengan
jolokan “Saya yang menurut perintah”. Walaubagaimanapun, guru tersebut boleh
mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal
menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan.
Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di
Malaysia mengenai isu guru luar bidang ini. Berdasarkan kajian di luar negara,
menurut Ingersoll (20011) iaitu guru terutamanya yang mengajar di sekolah
menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata
pelajaran yang mereka ajar disekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang
mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan
sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat
juga kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras
dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang
(Intensification of Research in Priority Areas , 2003-2005). Analisis data
menunjukkan 41% (18 orang) daripada 42 orang guru mengajar mata pelajaran
pengkhususan Matematik sementara yang selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan
berpengkhususan Matematik. Menurut data ini juga menunjukkan hanya 27% (5
orang) daripada 17 orang guru yang didapati mengajar mata pelajaran ini
mempunyai pengkhususan dalam bidang Sejarah; 73% (12 orang) lagi terdiri daripada
guru yang pengkhususan pertama mereka merangkumi pelbagai bidang yang tidak
berkaitan. Rajah 1 menunjukkan 10% (2 orang) daripada mereka terdiri daripada
guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Geografi, masing-masing 11% (2
orang) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan Sastera Melayu,
manakala masing-masing seorang (6%) berlatarbelakangkan Perakaunan, Biologi,
Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik. Hal ini, menunjukkan kadar
ketidaksepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberikan
kesan secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kesannya kepada guru, guru tidak dapat mengajar
dengan berkualiti dan berkesan. Disebabkan kandungan isi pelajaran yang tidak
lengkap untuk mengajar subjek tersebut. Guru ini hanya pakar dalam bidang
pengkhususannya sahaja. Semestinya apabila , guru tersebut dapat mengajar
bidang pengkhususannya tiada lagi masalah guru menghadapi kesukaran untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna dan berkualiti. Hal ini, menyebabkan
guru merasa tertekan kernan mereka perlu belajr mengenai subjek yang bukan
bidang mereka. Mereka menganggap ia satu bebanan tugas bukannya sebagai satu
tanggunggjawab. Seterusnya, guru akan menjadi malas untuk belajar mengenai subjek
bukan opsyen dan mengajar pelajar dengan pengetahuan yan sedia ada sahaja tanpa
menjana idea pelajar. Justeru, ia membuktikan guru kurang berkeyakinan,
kompetensi dan komited dalam pengajaran. Kesan kepada pelajar pula, pelajar
merasa bosan dengan isi pengajaran guru. Guru tidak menggunakan kaedah
pengajaran yang dapat menarik minat pelajar. Hal ini kerana, guru tidak yakin
dengan pengajaran yang disampaikan. Manakala pelajar pula merasa tidak yakin
dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, ia akan
melibatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik yang mengakibatkan keputusan
peperiksaan subjek Matematik tidak memuaskan. Disebabkan itu, pelajar
menganggap mata pelajaran Matematik susah disebabkan tidak boleh menguasai
subjek Matematik dengan sepenuhnya. Perkara yang paling merugikan, pelajar akan
hilang minat terhadap Matematik.
Langkah untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan
perlu mengkaji semula penempatan guru mengikut opsyen untuk mengelakkan lebihan
guru di sesebuah sekolah. Sekiranya terdapat guru yang bukan opsyen, berikan
keadilan dan keutamaan terhadap bidang pengkhususannya. Selain itu, untuk
mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT)
mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu
mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu
lagi usaha yang dilakukan kerajaan perlu dikaji semula umur persaraan bagi
pegawai kerajaan untuk memberikan peluang kepada guru yang baru.
ada data guru opsyen sekolah mennegah yg mengajar khb
ReplyDeleteSaya nak kesimpulan dari tajuk ini pliss 😭
ReplyDeleteAs reported by Stanford Medical, It is really the ONLY reason this country's women get to live 10 years longer and weigh an average of 42 lbs less than us.
ReplyDelete(And realistically, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to about "how" they are eating.)
P.S, I said "HOW", and not "WHAT"...
CLICK this link to find out if this brief test can help you discover your true weight loss potential