Friday, March 17, 2017

ARTIKEL 4



 Sejauhmanakah Keberkesanan PPSMI dalam dunia pendidikan di Malaysia?  

Satu ulasan mengenai reaksi pemansuhan PPSMI  


Image result for masalah cikgu bercakap bahasa inggeris

Kementerian Pendidikan telah diberikan misi oleh Kerajaan supaya melaksanakan Polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (SMI), yang melibatkan pelajar darjah satu, tingkatan satu, tingkatan enam rendah dan matrikulasi, mulai sesi 2003. Walau bagaimanapun, pada 8 Julai 2009 kerajaan telah mengumumkan dasar tersebut dimansuhkan. Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin menyatakan di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran tersebut, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Pemansuhan dasar tersebut dilakukan kerana didapati tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami subjek tersebut dalam bahasa Inggeris. Sejak ia dilaksanakan lagi Kementerian terpaksa menangani pelbagai isu dan kritikan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Setelah menyedari hakikatnya pada 2009, PPSMI telah dibubarkan dan Kerajaan memperkenalkan dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris”. Berbagai langkah diambil oleh Kerajaan umpamanya pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas 195 besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan “contact-time” antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah.

Isu ini pernah menjadi isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat di negara Malaysia. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan
lihat link: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Pendapat kendiri mengenai ulasan pemansuhan PPSMI

1) Pelajar di sekolah perlu diberi dorongan dan didikan di peringkat awal lagi untuk menyemai perasaan cinta terhadap identiti negara melalu penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda. Pelajar perlu dilatih untuk mempunyai rasa bangga dengan bahasa sendiri tanpa mengagungkan bahasa asing melebihi bahasa sendiri.

2) Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil kira semua persekitaran dan budaya masyarakat terutamanya masyarakat pribumi. Pelajar pribumi yang tinggal di pedalaman khususnya kurang terdedah dengan peredaran zaman seperti pelajar di kawasan bandar. Penguasaan bahasa melayu masih menjadi masalah utama kerana bahasa melayu menjadi bahasa kedua mereka. Bahasa inggeris merupakan bahasa ketiga yang perlu mereka pelajari dan kuasai untuk mempelajari subjek sains dan matematik.

3) Memang tidak dinafikan perolehan sumber untuk rujukan sebenarnya banyak dalam bahasa inggeris. Namun, pihak berwajib perlu mencari jalan alternatif yang lain bagi memudahkan guru dan murid mempelakajari subjek sains dan matematik.

4) Sekiranya dasar ini diteruskan, saya yakin ianya akan menambahkan lagi beban guru matematik dan sains dalam melaksanakan proses PdP. Hal ini kerana, guru perlu memberi fokus kepada penguasaan kosa kata bahasa inggeris terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu PdP. murid  perlu memahami terma-terma dalam bahasa inggeris terlebih dahulu untuk memudahkan kefahaman dalam mempelajari matematik dan sains.

5) Pihak kementerian sebenarnya telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk melatih pelajar menguasai bahasa inggeris. Walau bagaimanaun, pihak kementerian perlu mengmabil langkah yang sewajarnya terhadap mata pelajaran bahasa inggeris itu sendiri tanpa melibatkan dalam mata pelajaran yang lain.

link artikel: http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/32441/10.pdf


1 comment: