Friday, March 17, 2017

ARTIKEL 5

JURANG PENDIDIKAN ANTARA MURID ASLI DAN MURID DI BANDAR


Selain faktor ekonomi, geografi, personaliti individu, serta faktor masyarakat, faktor utama lain yang menjadi pengaruh kepada keciciran dalam pencapaian akademik adalah faktor pemakanan kanak-kanak Orang Asli. Ini adalah kerana pemakanan yang baik dan sihat akan mempengaruhi perkembangan kognitif dan kecerdasan akal (Benton, 2010; Fanjiang & Kleinman, 2007; Ross, 2010; Mohamad Johdi Salleh & Abdul Razak, 2009). Aspek-aspek yang terkandung dalam faktor pemakanan ini boleh menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak khususnya Orang Asli ini. Menurut Haslinah (2009), pemakanan yang berkhasiat dan mencukupi memandu kepada status kesihatan yang baik bagi perkembangan kognitif yang sempurna untuk kanak-kanak.

Sumber :studentsrepo.um.edu.my/6257/9/BAB_1_PENGENALAN.pdf

Pendapat :
Kami amatlah bersetuju mengenai petikan daripada artikel berkenaan, kebanyakan murid-murid
di sekolah asli ini, makanan asasi mereka adalah daripada hasil-hasil hutan. Mereka akan makan apa 
sahaja yang boleh dimakan. Rata-rata murid mengakui bahawa mereka ada makan ular, katak, 
berudu dan khinzir. Faktor pemakanan juga mempengaruhi kognitif mereka dan secara tidak langsung 
mengakibatkan pencapaian mereka dalam pendidikan jauh ketinggalan dengan murid-murid yang
 tinnggal di bandar dan pinggir bandar.

ARTIKEL 4



 Sejauhmanakah Keberkesanan PPSMI dalam dunia pendidikan di Malaysia?  

Satu ulasan mengenai reaksi pemansuhan PPSMI  


Image result for masalah cikgu bercakap bahasa inggeris

Kementerian Pendidikan telah diberikan misi oleh Kerajaan supaya melaksanakan Polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (SMI), yang melibatkan pelajar darjah satu, tingkatan satu, tingkatan enam rendah dan matrikulasi, mulai sesi 2003. Walau bagaimanapun, pada 8 Julai 2009 kerajaan telah mengumumkan dasar tersebut dimansuhkan. Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin menyatakan di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran tersebut, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Pemansuhan dasar tersebut dilakukan kerana didapati tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami subjek tersebut dalam bahasa Inggeris. Sejak ia dilaksanakan lagi Kementerian terpaksa menangani pelbagai isu dan kritikan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Setelah menyedari hakikatnya pada 2009, PPSMI telah dibubarkan dan Kerajaan memperkenalkan dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris”. Berbagai langkah diambil oleh Kerajaan umpamanya pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas 195 besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan “contact-time” antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah.

Isu ini pernah menjadi isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat di negara Malaysia. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan
lihat link: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Pendapat kendiri mengenai ulasan pemansuhan PPSMI

1) Pelajar di sekolah perlu diberi dorongan dan didikan di peringkat awal lagi untuk menyemai perasaan cinta terhadap identiti negara melalu penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda. Pelajar perlu dilatih untuk mempunyai rasa bangga dengan bahasa sendiri tanpa mengagungkan bahasa asing melebihi bahasa sendiri.

2) Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil kira semua persekitaran dan budaya masyarakat terutamanya masyarakat pribumi. Pelajar pribumi yang tinggal di pedalaman khususnya kurang terdedah dengan peredaran zaman seperti pelajar di kawasan bandar. Penguasaan bahasa melayu masih menjadi masalah utama kerana bahasa melayu menjadi bahasa kedua mereka. Bahasa inggeris merupakan bahasa ketiga yang perlu mereka pelajari dan kuasai untuk mempelajari subjek sains dan matematik.

3) Memang tidak dinafikan perolehan sumber untuk rujukan sebenarnya banyak dalam bahasa inggeris. Namun, pihak berwajib perlu mencari jalan alternatif yang lain bagi memudahkan guru dan murid mempelakajari subjek sains dan matematik.

4) Sekiranya dasar ini diteruskan, saya yakin ianya akan menambahkan lagi beban guru matematik dan sains dalam melaksanakan proses PdP. Hal ini kerana, guru perlu memberi fokus kepada penguasaan kosa kata bahasa inggeris terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu PdP. murid  perlu memahami terma-terma dalam bahasa inggeris terlebih dahulu untuk memudahkan kefahaman dalam mempelajari matematik dan sains.

5) Pihak kementerian sebenarnya telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk melatih pelajar menguasai bahasa inggeris. Walau bagaimanaun, pihak kementerian perlu mengmabil langkah yang sewajarnya terhadap mata pelajaran bahasa inggeris itu sendiri tanpa melibatkan dalam mata pelajaran yang lain.

link artikel: http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/32441/10.pdf


ARTIKEL 3

Educational quality differences in a middle-income country : The urban - rural gap in Malaysian primary schools

Sekolah luar bandar didapati mempunyai iklim sekolah yang sedikit berbeza daripada iklim sekolah di bandar. Iklim sekolah yang dimaksudkan di sini merujuk kepada beberapa perkara iaitu kekaburan tugas, kuasa yang berpusat dan formal, suasana kerja, pencerapan, pembangunan kerjaya, penglibatan dalam membuat keputusan dan persepsi guru dan juga pelajar. Guru-guru di sekolah luar bandar merasakan bahawa mereka kurang diberi pengupayaan (lack of empowerment) terutama dalam membuat keputusan. Kemungkinan juga perbezaan iklim ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap ciri-ciri pelajar luar bandar seperti status sosioekonomi.

Sumber : http://zamrudb.blogspot.my/2013/05/jurang-antara-sekolah-luar-bandar-dan.html 


Pendapat :
Berdasarkan artikel di atas, amatlah bertepatan dengan isu jurang dalam pencapaian pelajar di bandar dengan pelajar di luar bandar. Iklim sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan sesuatu jurang. Artikel ini juga ada menyatakan iklim yang dihadapi oleh sekolah di luar bandar menyebabkan terdapatnya jurang yang besar dengan sekolah di bandar kerana sekolah di luar bandar boleh dikatakan terpinggir dan banyak ketinggalan dalam mendapat maklumat-maklumat yang baharu dan terkini sehingga kebanyakan sekolah yang berkenaan hilang fokus dalam membentuk iklim sekolah yang baik dan sesuai.

Tuesday, March 14, 2017

ARTIKEL 2


Jurang Digital dan Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi 
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar 

Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor dan Zawiyah M. Yusof


Meskipun beberapa inisiatif diambil bagi merapat jurang digital di Malaysia, banyak lagi usaha perlu dilakukan terutamanya bagi meningkat status ekonomi dan pendidikan di kawasan luar bandar. Jurang digital merujuk kepada ketaksamaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara kawasan bandar dan luar bandar. Kertas ini bertujuan menyelidiki sama ada kemahiran TMK menyumbang dalam merapat jurang digital dengan melihat kajian kes di kawasan luar bandar iaitu Kundang Ulu, Muar Johor. Kajian mengguna soal selidik bagi mengumpul data tentang latar belakang responden, penggunaan TMK dan kemahiran mengguna TMK melibatkan seramai 585 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggung Ahmad (SMKTTA). Hasil kajian menunjukkan peratusan pemilikan komputer dan penggunaan TMK adalah rendah sementara kemahiran asas TMK pula berada pada tahap yang sederhana. Penemuan ini menunjukkan jurang digital merupakan isu yang berterusan di kawasan luar bandar. Kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pihak berkuasa yang lain dalam merangka dasar dan mengenal pasti strategi merapat jurang digital di Malaysia. 

Link :
http://journalarticle.ukm.my/6261/1/1718-3247-1-SM.pdf

Pendapat:
  1. Penguatkuasaan KPM dalam perlaksanaan penggunaan komputer dan internet di kawasan luar bandar dan memastikan pihak PPD mengadakan kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang di kawsan tersebut bagi mencapai objektif sifar jurang digital.
  2. Memastikan perlaksaan pendidikan Abad 21 dilaksanakan dengan jayanya bukan tertumpu di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.
  3. Menyediakan kemudahan dan insfratruktur yang cukup dan lengkap di sekolah-sekolah luar bandar bagi mencapai objektif dalam pembelajaran Abad 21. 

ARTIKEL 1


PERBINCANGAN MENGENAI ISU-ISU JURANG PENCAPAIAN PELAJAR (BANDAR DAN LUAR BANDAR, BUDAYA, PENGARUH DAN LAIN-LAIN)



KEMISKINAN DAN PENDIDIKAN: KESAN DAN CABARAN DI KALANGAN BELIA MALAYSIA
KATTY HSIAO JIA WONG, TI CHING YAN & JANICE LAY HUI NGA


Isu anak-anak muda dalam kemiskinan telah mendapat perhatian seluruh dunia. Belia merupakan sumber keberterusan pemimpin dan tulang belakang kepada sesebuah negara. Justeru, pembangunan sesebuah negara akan ketinggalan jika golongan belia tidak memberi sokongan dan sumbangan yang diperlukan. Salah satu punca utama kemiskinan belia ialah tahap pendidikan yang rendah. Selain itu, gender juga merupakan faktor penting kemiskinan sepertimana yang terbukti dalam kemiskinan belia wanita atau perempuan. Belia perempuan dipercayai menerima pendidikan yang kurang daripada rakan-rakan lelaki dan keadaan ini adalah ketara di negara-negara membangun. Oleh itu, makalah ini meninjau cabaran berkaitannya yang perlu dihadapi oleh belia Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah campuran atau ‘mixed method’. Data kualitatif dan kuantitatif terkumpul daripada data primer dan sekunder digunakan dalam kajian memberi tumpuan kepada golongan belia Malaysia yang berumur di antara 15 sehingga 40 tahun. Walaupun kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran untuk mengatasi masalah kemiskinan di kalangan belia, penyertaan belia dalam membentuk strategi pembangunan negara masih berada pada tahap rendah. Justeru, ia membantut pembasmian kemiskinan. Selain itu, makalah ini juga membincangkan kesan dan cabaran kemiskinan dan taraf hidup belia berbanding tahap pendidikan.Kajian turut mendedahkan bahawa pelaburan dalam pendidikan asas dapat mengurangkan kemiskinan di kalangan belia melalui peningkatan produktiviti dan kemahiran mereka. 

Link : 
https://www.google.com/search?q=KEMISKINAN+DAN+PENDIDIKAN%3A+KESAN+DAN+CABARAN+DI+KALANGAN+BELIA+MALAYSIA+KATTY+HSIAO+JIA+WONG%2C+TI+CHING+YAN+%26+JANICE+LAY+HUI+NGA&gws_rd=ssl

Pendapat:
  1. Negara haruslah memperbanyakkan lagi program biasiswa khususnya bagi pelajar yang berpendapatan rendah dan cemerlang dalam pelajaran. Selain daripada itu juga, kerajaan perlu mengecualikan pembayaran yuran pengajian di peringkat universiti kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.
  2. Mengimbangkan penyertaan lelaki dan perempuan dalam pasaran pekerjaan.
  3. Memberi lebih banyak bantuan dan kebajikan kepada pelajar-pelajar luar bandar seperti menggalakkan lebih ramai guru berkhidmat di kawasan luar bandar.
  4. Memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan buah fikiran lebih terbuka dengan melibatkan golongan belia dalam pembangunan politik.Penyertaan belia dalam strategi pembangunan negara juga harus digalakkan kerana mereka merupakan tenaga manusia yang paling penting untuk berkhidmat kepada negara kita. 
  5. Selain daripada itu juga, golongan belia wanita haruslah memperoleh pendidikan yang setanding dengan golongan belia lelaki bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan belia.


Wednesday, March 8, 2017

Pelajar Kolej Vokasional Layak Menyambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam

Pelajar Kolej Vokasional Layak Menyambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam



Baru-baru ini timbul kebimbangan dalam kalangan ibu bapa tentang masa depan pendidikan anak-anak mereka yang bersekolah di Kolej Vokasional. Kebimbangan tersebut timbul, ekoran berita yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar tempatan yang menyatakan, pelajar Kolej Vokasional tidak layak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Ini kerana, pelajar KV tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka mereka perlu mengambil kursus peralihan atau pra-ijazah selama satu atau dua semester sebelum layak melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.


Memahami akan kebimbangan ibu bapa tersebut, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (KV), meredakan kebimbangan tersebut dengan memaklumkan bahawa pelajar KV layak untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan syarat mereka perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan iaitu pertama mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua tahun atau memiliki Sijil Program Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).


Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pendidikan, Zainuren Mohd Nor, berkata selain dua kriteria itu, pelajar KV juga boleh terus memohon program sarjana muda ditawarkan universiti dengan syarat memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik.


“Pelajar  perlu mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, purata nilai gred keseluruhan (PNGK) akademik sekurang-kurangnya 3.33 dan PNGK vokasional 3.67. Selain itu, pelajar itu juga perlu melengkapkan semua modul vokasional yang ditawarkan dan memohon kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebelum program KV mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” katanya.



Dalam kenyataan yang lain, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menyatakan, graduan DVM perlu mengambil beberapa subjek teras iaitu Sains dan Matematik ketika mengikuti kursus pra-ijazah itu di universiti bagi memantapkan pengetahuan dalam bidang berkenaan dan sebagai persediaan memohon program sarjana muda. Diharapkan dengan kenyataan balas ini, ibu bapa tidak perlu lagi bimbang untuk menghantar anak mereka ke Kolej Vokasional kerana peluang pekerjaan sangat terbuka luas kepada mereka yang memiliki kemahiran tertentu berbanding graduan institusi lain yang masih lagi menganggur.

BENARKAH DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL TIDAK DIIKTIRAF?

BENARKAH DIPLOMAKOLEJ VOKASIONAL TIDAK DIIKTIRAF?

Kebelakangan ini beredar teks pesanan melalui wasap berkenaan isu tersebut.
Sangat mengecewakan kerana kenyataan yang telah disebarkan tidak secara menyeluruh menggambarkan isu sebenar.
Tambah lebih mengecewakan apabila ‘Guru Besar’ Kolej Vokasional yang batak pangkat menggunakan gelaran pengarah turut memberikan jawapan yang keseluruhanya mengecewakan apabila diajukan persoalan berkaitan oleh ibu bapa kepada pelajar.
Pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional biasanya akan memberikan jawapan yang sangat kurang ajar iaitu ‘kalau nak harapkan anak jadi doktor… ini bukanlah tempatnya… memadailah anak-anak boleh cari makan dengan menjadi mekanik ataupun juru kimpal…’ ‘sedarlah sedikit kemampuan anak… kalau anak pandai… jangan hantar ke sini…’ itulah maksud tersirat di sebalik jawapan yang diberikan.
Sebenarnya Kolej Vokasional bukanlah pusat latihan kemahiran berkualiti rendah asal boleh yang ditubuhkan oleh DS Najib dengan niat untuk menempatkan anak bangsa yang bodoh dan keciciran daripada bidang akademik.
Kolej Vokasional sebenarnya adalah alternatif pendidikan bagi menyaingi bidang pendidikan lain yang dipecahkan kepada dua iaitu hanya vokasional ataupun hanya akademik.
Kolej Vokasional adalah institusi pendiikan ‘hibrid’ yang menyediakan peluang bagi melahirkan pelajar yang pandai dari segi akademik dan berkemahiran dari segi vokasional.
Pelajar di Kolej Vokasional diberi latihan vokasional tetapi pada masa yang sama turut dikehendaki untuk menduduki peperiksaan SVM.
Malangnya pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional biasanya akan memberi motivasi negatif supaya pelajar hanya lebih menekankan kepada sijil vokasional.
Mereka selalunya hanya ‘menyuruh’ para pelajar untuk lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Kononya itu adalah syarat minimum untuk mereka bekerja dengan kerajaan.
Bayangkanlah seandainya Kolej Vokasional mampu untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan sangat berkemahiran dari sudut vokasional.
Bukankah itu adalah satu produk pendidikan yang mengatasi segala produk lain pada peringkatnya ?
Saya berharap agar kerajaan memberi perhatian terhadap isu ini.
Jalankan siasatan dan intipan.
Jika benarlah perkara ini, pastikan pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional diwajibkan menjalani sesi terapi dan kaunseling untuk membetulkan jajaran psikologi mereka.