Tuesday, March 14, 2017

ARTIKEL 1


PERBINCANGAN MENGENAI ISU-ISU JURANG PENCAPAIAN PELAJAR (BANDAR DAN LUAR BANDAR, BUDAYA, PENGARUH DAN LAIN-LAIN)



KEMISKINAN DAN PENDIDIKAN: KESAN DAN CABARAN DI KALANGAN BELIA MALAYSIA
KATTY HSIAO JIA WONG, TI CHING YAN & JANICE LAY HUI NGA


Isu anak-anak muda dalam kemiskinan telah mendapat perhatian seluruh dunia. Belia merupakan sumber keberterusan pemimpin dan tulang belakang kepada sesebuah negara. Justeru, pembangunan sesebuah negara akan ketinggalan jika golongan belia tidak memberi sokongan dan sumbangan yang diperlukan. Salah satu punca utama kemiskinan belia ialah tahap pendidikan yang rendah. Selain itu, gender juga merupakan faktor penting kemiskinan sepertimana yang terbukti dalam kemiskinan belia wanita atau perempuan. Belia perempuan dipercayai menerima pendidikan yang kurang daripada rakan-rakan lelaki dan keadaan ini adalah ketara di negara-negara membangun. Oleh itu, makalah ini meninjau cabaran berkaitannya yang perlu dihadapi oleh belia Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah campuran atau ‘mixed method’. Data kualitatif dan kuantitatif terkumpul daripada data primer dan sekunder digunakan dalam kajian memberi tumpuan kepada golongan belia Malaysia yang berumur di antara 15 sehingga 40 tahun. Walaupun kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran untuk mengatasi masalah kemiskinan di kalangan belia, penyertaan belia dalam membentuk strategi pembangunan negara masih berada pada tahap rendah. Justeru, ia membantut pembasmian kemiskinan. Selain itu, makalah ini juga membincangkan kesan dan cabaran kemiskinan dan taraf hidup belia berbanding tahap pendidikan.Kajian turut mendedahkan bahawa pelaburan dalam pendidikan asas dapat mengurangkan kemiskinan di kalangan belia melalui peningkatan produktiviti dan kemahiran mereka. 

Link : 
https://www.google.com/search?q=KEMISKINAN+DAN+PENDIDIKAN%3A+KESAN+DAN+CABARAN+DI+KALANGAN+BELIA+MALAYSIA+KATTY+HSIAO+JIA+WONG%2C+TI+CHING+YAN+%26+JANICE+LAY+HUI+NGA&gws_rd=ssl

Pendapat:
  1. Negara haruslah memperbanyakkan lagi program biasiswa khususnya bagi pelajar yang berpendapatan rendah dan cemerlang dalam pelajaran. Selain daripada itu juga, kerajaan perlu mengecualikan pembayaran yuran pengajian di peringkat universiti kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.
  2. Mengimbangkan penyertaan lelaki dan perempuan dalam pasaran pekerjaan.
  3. Memberi lebih banyak bantuan dan kebajikan kepada pelajar-pelajar luar bandar seperti menggalakkan lebih ramai guru berkhidmat di kawasan luar bandar.
  4. Memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan buah fikiran lebih terbuka dengan melibatkan golongan belia dalam pembangunan politik.Penyertaan belia dalam strategi pembangunan negara juga harus digalakkan kerana mereka merupakan tenaga manusia yang paling penting untuk berkhidmat kepada negara kita. 
  5. Selain daripada itu juga, golongan belia wanita haruslah memperoleh pendidikan yang setanding dengan golongan belia lelaki bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan belia.


No comments:

Post a Comment