Wednesday, April 19, 2017

WEEK 9 : ISU PROFESIONAL STANDARD PENGAJARAN

ISU GURU YANG MENGAJAR SUBJEK YANG BUKAN OPSYEN ATAU LUAR BIDANG

Pendidikan di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan merangka beberapa strategi. Ini termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bertujuan menyediakan guru yang berilmu dan berkualiti untuk melaksanakan kurikulum yang sudah digubal. Pengukuhan Falsafah Pendidikan Negara sebagai wadah yang mendasari proses pendidikan memerlukan reformasi yang berterusan. Melabur dalam aktiviti pendidikan bermakna kita melabur untuk pembangunan negara. Ini disebabkan pendidikan berfungsi melatih dan membentuk tenaga manusia yang mahir dan terlatih untuk menggerakkan pelbagai profesion dan sektor pekerjaan yang diperlukan negara. Perkembangan dalam bidang pendidikan telah menambah tekanan terhadap kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan bilangan guru yang mencukupi untuk sekolah-sekolah. Dijangkakan bilangan guru di sekolah menengah ialah seramai lebih kurang 90,000 orang. Berdasarkan unjuran pengeluaran guru sekolah menengah seperti yang sedang dirancangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah menengah akan mengalami kekurangan guru dalam lingkungan 9900 orang pada tahun 1995 dan menjelang akhir tahun 2000, negara mengalami masalah kekurangan guru yang nyata (Omar, 2003). Berdasarkan pernyataan tersebut, terdapat kemungkinan besar jumlah ini akan meningkat berikutan perkembangan pesat dunia pendidikan seperti pembukaan sekolah-sekolah bestari, sekolah pedalaman untuk orang asli dan sebagainya. Perkembangan positif ini menuntut kepada tenaga kerja keguruan yang ramai dan berkesan.

Pengambilan guru interim oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak sepenuhnya mengikut opsyen pengkhususan graduan pendidikan, sebaliknya mengikut kekosongan guru yang ada. Menurut sumber, setakat ini beberapa negeri seperti Johor, Sabah, Selangor, Kedah dan beberapa negeri lain telah memulakan proses pengambilan guru interim (guru sementara). Namun, tidak semua mereka akan mengajar mengikut pengkhususan yang diambil semasa pengajian. Menurut beberapa graduan, wujud keadaan dimana graduan pendidikan ekonomi dan bukan bersekolah aliran agama diberi tugasan untuk mengajar Pendidikan Islam sewaktu melaporkan diri. Selain itu, sebahagian yang lain terpaksa mengajar subjek Bahasa Inggeris, MUET walau pun hanya mendapat Band 2 dalam MUET semasa pengajian di universiti. Manakala, sebahagian yang lain terpaksa mengajar subjek Sivik , Kemahiran Hidup dan beberapa subjek lain yang bukan pengkhususan mereka. Mereka menyifatkan, keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku, seorang guru yang tak mahir dalam bidang yang tak pernah dipelajari di universiti terpaksa mengajar subjek tersebut. Bagaimanakah mereka hendak mengajar? Ini juga menyebabkan penganaian kepada guru tersebut. Hal ini akan merugikan murid-murid disamping kualiti pendidikan yang diterima tidak berjaya memenuhi kehendak yang sepatutnya. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sewajarnya memikirkan insiatif segera dengan mempercepatkan penempatan graduan pendidikan mengikut opsyen masing-masing agar masa depan pendidikan pelajar disekolah tidak diperjudikan dengan mengambil guru yang bukan mengikut opsyen mereka.

Sehingga hari ini, isu ini masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang semakin menular di setiap sekolah di seluruh negara. Guru luar bidang bermaksud guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan guru di negara ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan guru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang(mismatch): kawasan bandar mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi. Pelbagai kajian yang menunjukkan isu guru luar bidang ini mempengaruhi profesion perguruan. Guru luar bidang ini sama juga dengan guru bukan opsyen. Kenapa isu guru luar bidang ini timbul dan tiada jalan penyelesaian hingga kini. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-mana sekolah satu daerah, di mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan. Guru-guru ini terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir untuk menggantikan tempat guru yang kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan. Satu situasi pasti akan berlaku, "pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit. Situasi lain juga turut dialami apabila seorang pelajar bertanya mengenai satu soalan, kemudian guru tidak tahu akan jawapannya. Oleh itu, guru akan menjawab “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang” atau pun “Soalan ini sudah berada di luar pengetahuan awak, tidak perlu tahu pun”. Terdapat juga situasi di mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik, guru tersebut tidak mengkaji tahap pencapaian para pelajar yang mana berkemungkinan terdapat pelajar yang bijak dalam subjek tersebut. Akhirnya guru yang akan belajar daripada pelajar tersebut. Keadaan ini bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Apakah IPT di negara ini gagal memenuhi keperluan guru di negara ini?. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menggubal pelaksanaan kurikulum yang berkaitan kreadibiliti serta kualiti guru yang dapat meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Sehingga hari ini guru-guru yang baru menamatkan pengajian tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan khidmat guru GSTT masih diperlukan. Mungkin masalah ini berpunca daripada pengurusan data di sekolah dan mungkin kurangnya pemantauan terhadap isu ini dari pihak yang dipertanggungjawabkan. Sekiranya hal ini tidak dipantau dan diselesaikan, ramai guru yang akur untuk mengajar subjek bukan opsyen, kerana mereka terikat dengan jolokan “Saya yang menurut perintah”. Walaubagaimanapun, guru tersebut boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan.

Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar bidang ini. Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (20011) iaitu guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar disekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat juga kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of Research in Priority Areas , 2003-2005). Analisis data menunjukkan 41% (18 orang) daripada 42 orang guru mengajar mata pelajaran pengkhususan Matematik sementara yang selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan berpengkhususan Matematik. Menurut data ini juga menunjukkan hanya 27% (5 orang) daripada 17 orang guru yang didapati mengajar mata pelajaran ini mempunyai pengkhususan dalam bidang Sejarah; 73% (12 orang) lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan. Rajah 1 menunjukkan 10% (2 orang) daripada mereka terdiri daripada guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Geografi, masing-masing 11% (2 orang) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan Sastera Melayu, manakala masing-masing seorang (6%) berlatarbelakangkan Perakaunan, Biologi, Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik. Hal ini, menunjukkan kadar ketidaksepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kesannya kepada guru, guru tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan. Disebabkan kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap untuk mengajar subjek tersebut. Guru ini hanya pakar dalam bidang pengkhususannya sahaja. Semestinya apabila , guru tersebut dapat mengajar bidang pengkhususannya tiada lagi masalah guru menghadapi kesukaran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna dan berkualiti. Hal ini, menyebabkan guru merasa tertekan kernan mereka perlu belajr mengenai subjek yang bukan bidang mereka. Mereka menganggap ia satu bebanan tugas bukannya sebagai satu tanggunggjawab. Seterusnya, guru akan menjadi malas untuk belajar mengenai subjek bukan opsyen dan mengajar pelajar dengan pengetahuan yan sedia ada sahaja tanpa menjana idea pelajar. Justeru, ia membuktikan guru kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran. Kesan kepada pelajar pula, pelajar merasa bosan dengan isi pengajaran guru. Guru tidak menggunakan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar. Hal ini kerana, guru tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan. Manakala pelajar pula merasa tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, ia akan melibatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik yang mengakibatkan keputusan peperiksaan subjek Matematik tidak memuaskan. Disebabkan itu, pelajar menganggap mata pelajaran Matematik susah disebabkan tidak boleh menguasai subjek Matematik dengan sepenuhnya. Perkara yang paling merugikan, pelajar akan hilang minat terhadap Matematik.

Langkah untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu mengkaji semula penempatan guru mengikut opsyen untuk mengelakkan lebihan guru di sesebuah sekolah. Sekiranya terdapat guru yang bukan opsyen, berikan keadilan dan keutamaan terhadap bidang pengkhususannya. Selain itu, untuk mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu lagi usaha yang dilakukan kerajaan perlu dikaji semula umur persaraan bagi pegawai kerajaan untuk memberikan peluang kepada guru yang baru.


3 comments:

  1. ada data guru opsyen sekolah mennegah yg mengajar khb

    ReplyDelete
  2. Saya nak kesimpulan dari tajuk ini pliss 😭

    ReplyDelete
  3. As reported by Stanford Medical, It is really the ONLY reason this country's women get to live 10 years longer and weigh an average of 42 lbs less than us.

    (And realistically, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to about "how" they are eating.)

    P.S, I said "HOW", and not "WHAT"...

    CLICK this link to find out if this brief test can help you discover your true weight loss potential

    ReplyDelete