Wednesday, April 26, 2017

WEEK 10 : ISU DALAM PENILAIAN

Masalah sistem penilaian prestasi
SALAH satu faktor membawa kepada ketidakpuashatian kakitangan awam terhadap pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) adalah masalah dalam penilaian prestasi.

Masalah penilaian prestasi ini bukan hanya timbul di dalam pelaksanaan SSB bahkan sistem ganjaran berasaskan prestasi yang dilaksanakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain turut tidak lari daripada menghadapinya. Malah masalah ini masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini walaupun banyak percubaan dibuat untuk mengatasinya.

Di antara masalah yang ketara dalam pelaksanaan sistem penilaian prestasi ialah ketidakmampuan pihak organisasi untuk mengukur dengan tepat prestasi pekerja.

Golongan akademik dan pentadbir pada umumnya sependapat tentang kesukaran mengukur prestasi pekerja secara tepat dan ia merupakan halangan utama untuk melaksanakan sistem ganjaran berasaskan prestasi dengan berkesan.

Kelemahan ini semakin meruncing di sektor awam. Aspek yang hendak diukur itu adalah bersifat subjektif seperti perkhidmatan yang diberikan atau kualiti barangan yang dihasilkan. Tambahan pula kebanyakan sistem penilaian prestasi menggunakan alat ukuran yang subjektif.

Alat penilaian yang bersifat subjektif ini tidak dapat menggambarkan hubungan yang jelas di antara prestasi dan ganjaran.

Selain daripada itu terdapat pengkaji yang berpendapat proses penilaian prestasi hanyalah satu kaedah untuk mendokumentasikan prestasi pekerja bagi mematuhi peraturan pentadbiran dan ia merupakan suatu pembaziran kerana wujud banyak kelemahan dalam menilai prestasi pekerja.

Antara kelemahan yang sering berlaku ialah kelemahan penilai menilai prestasi pekerja seperti berlakunya kesan halo, penilai yang berat sebelah dan bersikap prejudis. Kesilapan penilai ini akan memberi kesan yang serius ke atas kredibiliti sistem penilaian prestasi walaupun organisasi berkenaan mempunyai sistem penilaian yang baik.

Masalah pelaksanaan sistem penilaian prestasi yang tidak sistematik dan rapi juga menyumbangkan kepada persoalan tentang kredibiliti sistem ini. Terdapat pengkaji yang mendapati kebanyakan sistem penilaian prestasi menghadapi masalah seperti kekurangan ujian awal dan kurang penerimaan oleh pekerja ke atas aspek yang dinilai yang menyebabkan pihak pekerja tidak yakin terhadap sistem ini.

Ini disokong oleh pakar yang menyatakan salah satu sebab mengapa pekerja-pekerja lama begitu pesimis terhadap kemampuan pihak pengurusan mengaitkan ganjaran dan prestasi adalah kerana ke esahan alat penilaian prestasi pekerja adalah sangat rendah.

Had dalam belanjawan juga akan memberi kesan yang negatif terhadap sistem penilaian prestasi. Kekangan belanjawan ini akan menyebabkan jumlah ganjaran akan dikawal. Salah satu cara yang sering digunakan ialah dengan menurunkan purata markah prestasi pekerja supaya jumlah pekerja yang mencapai tahap prestasi cemerlang berkurangan.

Walau bagaimanapun keadaan ini boleh mengakibatkan wujud pertentangan di antara objektif penilaian prestasi dan manipulasi markah prestasi pekerja demi untuk mengawal jumlah wang yang dibayar.

Akibatnya ia akan menurunkan kesahihan alat penilaian prestasi dan seterusnya menyebabkan di masa hadapan pekerja tidak akan bertindak balas dengan insentif yang ditawarkan oleh sistem ganjaran berasaskan prestasi. Kurangnya penerimaan pekerja ke atas sistem penilaian prestasi juga merupakan faktor yang boleh menjadi penghalang kepada keberkesanan sistem penilaian prestasi. Walaupun kaedah untuk mengurangkan masalah kelemahan penilaian prestasi digunakan seperti penggunaan kriteria yang lebih objektif.

Ini adalah kerana banyak faktor yang di luar kawalan individu berkenaan.


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0224&sec=Rencana&pg=ot_05.htm#ixzz4fMgEuv4o

1 comment:

  1. If you're trying hard to burn fat then you certainly have to start using this totally brand new custom keto meal plan diet.

    To create this keto diet, certified nutritionists, fitness couches, and professional cooks have united to provide keto meal plans that are powerful, decent, price-efficient, and delicious.

    From their first launch in early 2019, thousands of individuals have already completely transformed their figure and well-being with the benefits a great keto meal plan diet can offer.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones given by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete