Sejauhmanakah Keberkesanan PPSMI dalam dunia pendidikan di Malaysia?
Satu ulasan mengenai reaksi pemansuhan PPSMI

Kementerian Pendidikan telah diberikan misi oleh Kerajaan supaya
melaksanakan Polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI), iaitu Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (SMI), yang
melibatkan pelajar darjah satu, tingkatan satu, tingkatan enam rendah
dan matrikulasi, mulai sesi 2003. Walau bagaimanapun, pada 8 Julai
2009 kerajaan telah mengumumkan dasar tersebut dimansuhkan. Menteri
Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin menyatakan di
sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris
untuk mengajar dua matapelajaran tersebut, sementara sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masingmasing.
Pemansuhan dasar tersebut dilakukan kerana didapati tahap
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar
masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami subjek
tersebut dalam bahasa Inggeris. Sejak ia dilaksanakan lagi Kementerian
terpaksa menangani pelbagai isu dan kritikan yang ditimbulkan oleh
pelbagai pihak.
Setelah menyedari hakikatnya pada 2009, PPSMI telah dibubarkan
dan Kerajaan memperkenalkan dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris”. Berbagai langkah diambil oleh
Kerajaan umpamanya pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk
mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris.
Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan
guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari
luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada
guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar.
Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas
195
besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan
“contact-time” antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan
guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan
kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka
ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka
menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Pemantapan penguasaan
bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan
bahasa Malaysia. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pelajaran akan
memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di
kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa.
Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi
kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah.
Isu ini pernah menjadi isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat di negara Malaysia. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan
lihat link: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Pendapat kendiri mengenai ulasan pemansuhan PPSMI
1) Pelajar di sekolah perlu diberi dorongan dan didikan di peringkat awal lagi untuk menyemai perasaan cinta terhadap identiti negara melalu penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda. Pelajar perlu dilatih untuk mempunyai rasa bangga dengan bahasa sendiri tanpa mengagungkan bahasa asing melebihi bahasa sendiri.
2) Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil kira semua persekitaran dan budaya masyarakat terutamanya masyarakat pribumi. Pelajar pribumi yang tinggal di pedalaman khususnya kurang terdedah dengan peredaran zaman seperti pelajar di kawasan bandar. Penguasaan bahasa melayu masih menjadi masalah utama kerana bahasa melayu menjadi bahasa kedua mereka. Bahasa inggeris merupakan bahasa ketiga yang perlu mereka pelajari dan kuasai untuk mempelajari subjek sains dan matematik.
3) Memang tidak dinafikan perolehan sumber untuk rujukan sebenarnya banyak dalam bahasa inggeris. Namun, pihak berwajib perlu mencari jalan alternatif yang lain bagi memudahkan guru dan murid mempelakajari subjek sains dan matematik.
4) Sekiranya dasar ini diteruskan, saya yakin ianya akan menambahkan lagi beban guru matematik dan sains dalam melaksanakan proses PdP. Hal ini kerana, guru perlu memberi fokus kepada penguasaan kosa kata bahasa inggeris terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu PdP. murid perlu memahami terma-terma dalam bahasa inggeris terlebih dahulu untuk memudahkan kefahaman dalam mempelajari matematik dan sains.
5) Pihak kementerian sebenarnya telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk melatih pelajar menguasai bahasa inggeris. Walau bagaimanaun, pihak kementerian perlu mengmabil langkah yang sewajarnya terhadap mata pelajaran bahasa inggeris itu sendiri tanpa melibatkan dalam mata pelajaran yang lain.
link artikel: http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/32441/10.pdf